Selamat Datang

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) adalah sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah. Aktiviti utama adalah untuk memperkasakan ummah dengan ilmu dan amal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran, kami berharap terjadi sebuah penyatuan hati sehingga kita kecilkan perbezaan, kita besarkan persamaan.

WUI berharap usaha ini menjadi pencetus untuk bersama-sama melaksanakan sinergi untuk kepentingan ummah. Dengan sinergi bersama, WUI mensasarkan legasi yang dibina pada tahun 2014-2114, ialah bersandarkan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang mendoakan kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Inisiatif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

Antara objektif Rumah Ngaji ialah untuk memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat tajwid.

Program Wakaf & Lupus Al-Quran diwujudkan bagi melupuskan Al-Quran lama mengikut kaedah yang sebenar & diganti dengan Al-Quran baru yang berkualiti tinggi serta lulus KDN.

Harian Islam merupakan portal yang menghimpun dan menfokuskan kandungan-kandungan Islamik, khas untuk golongan pembaca terdiri daripada remaja.

Akademi Sinergi Ikhlas ialah konsortium gabungan pelbagai konsultan yang menyediakan seminar, bengkel dan latihan bertemakan pembinaan legasi.

Inspirasi daripada kisah tokoh-tokoh pilihan yang menjadikan solat Subuh sebagai momentum perubahan diri untuk sebuah kejayaan.

Bercinta Selepas Nikah (BSN) merupakan inisiatif Harian Ikhlas Sdn Bhd dengan misi menjadi sebuah platform perkahwinan bercirikan Islam terbesar di Malaysia.