Pengenalan Yayasan WUI

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) adalah sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah. Aktiviti utama adalah untuk memperkasakan ummah dengan ilmu dan amal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran, kami berharap terjadi sebuah penyatuan hati sehingga kita kecilkan perbezaan, kita besarkan persamaan.

WUI berharap usaha ini menjadi pencetus untuk bersama-sama melaksanakan sinergi untuk kepentingan ummah. Dengan sinergi bersama, WUI mensasarkan legasi yang dibina pada tahun 2014–2114, ialah bersandarkan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang mendoakan kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Fizikal (Sedekah Jariah)

Meninggalkan 1000 syarikat yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah panduan di dalam syarikat dan mewakafkan sebahagian daripada pendapatan untuk aktiviti dakwah bagi manafaat ummah.

Intelektual (Ilmu Bermanafaat)

Rumah Ngaji mempunyai program pendidikan bagi membentuk kerangka fikir berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi melatih para profesional seperti doktor, jurutera, ahli perniagaan dan masyarakat umum tentang aplikasi Al-Quran dan As-Sunnah di dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.

Emosional (Anak Soleh)

Melahirkan para pemimpin dan CEO organisasi dan keluarga yang membina legasi yang soleh.