Purdah Tak Pernah Menghalangku

Diterbitkan pada Jun 11, 2013 oleh

SONY DSCPurdah atau niqab tak pernah menghalangku untuk terus mencapai cita-cita..
Berniqab tak pernah menyusahkan diriku
Berniqab tak pernah membebankan diriku..
Berniqab menjauhkan aku dari melakukan maksiat padaNya..
Berniqab mengajar aku erti hidup sebenar..
Menjaga diriku dari melanggar batas-batas syariat…

Niqab mendidikku jadi seorang wanita..
Yang sebetulnya wajib pelihara maruah diri..
Mengajarku menjaga tingkahlaku…
Mendidikku menjaga bait bicara..
Mengajar cara untuk menghormati…
Berdikari, lebih berani, yakin, tabah, sabar..
Menyayangi dan mengasihi semua makhluk ciptaanNya..
Niqab memudahkanku berkomunikasi dengan semua orang…

Tanpa segan tanpa malu untuk bertegur sapa sesama muslim..
Mengajar aku untuk selalu memaafkan semua org..
Meringankan tangan membantu yang memerlukan..
Mendekatkanku dengan akhwat-akhwat yang sama impian denganku..
Mengajarku memberi salam pada semua walau tak pernah mengenali…
Walau senyumku terselindung di balik kain itu..
Namun senyumanku sering dibalas..
Allah… aku sangat menyenangi keadaan ini…

Jangan pernah kata niqab ni menyusahkan si pemakai..
Kamu tak alami apa yang kami alami..
Mungkin itu hanya yang kamu nampak di luar…
‘Susahnya kamu nak makan’
‘Tak rimas ke pakai macam ni?’
‘Macam mana nak buat kerja pakai macam ni?’

NIQAB bukan penghalang..
Hanya perlu yakin dan berani..
Kamu boleh lakukan apa saja dengan izin dariNYA..
Hidup ini indah bila semuanya meyakinkan..

YA ALLAH ISTIQAMAHKANLAH HATIKU..
Walau ujian dan cabaran yang datang aku tetap dengan pendirianku..
Bantulah hambamu ya ALLAH dalam meneruskan perjuangan islam ini..
Amin ya rabbal a’lamin..

Nukilan : Najwa Amir

Kategori: Motivasi

Komentar