Tawakal Dengan Usaha

Diterbitkan pada Jun 12, 2013 oleh

Saat ketika mana kita ingin membuat pilihan yang tepat adalah sesuatu yang sangat sukar. Ini kerana membuat keputusan yang tepat memerlukan kebolehan menganalisa yang kuat serta ketenangan hati yang mendalam.

Berbeza saatnya untuk membuat keputusan yang betul. Membuat keputusan yang betul, kadang-kadang tidak memerlukan analisa yang jitu, kerana kadang-kadang keputusan yang betul berlaku secara kebetulan.

Dalam Islam, istikharah adalah sesuatu yang amat penting tatkala kita berdepan saat-saat kesukaran untuk membuat pilihan yang betul dan juga pilihan yang tepat. Dalam erti kata lain, kita mengharapkan bantuan Allah dalam membuat keputusan yang disandarkan agar ianya adalah pilihan terbaik. Ini dapat dilakukan dengan doa yang berterusan.

tawakal

Sifat tawakal bukan tawakuf (berhenti) daripada berusaha. Sebaliknya tawakal diiringi dengan usaha. Anda pasti berdepan dengan saat-saat yang sukar utk membuat keputusan dalam kehidupan anda.

Sebagai orang Islam, jangan lupa bahawa saat pertolongan dari Allah adalah lebih bermakna daripada segala apa yang anda kecapi dan miliki.

Tulisan : Azlan Kahlid

Komentar