Rumah Ngaji

rumah-ngaji

Latarbelakang

Rumah Ngaji mulai bulan Mac akan dimulakan di 3 lokasi iaitu: Shah Alam, Meru dan Bangi. Banyak permintaan daripada orang persendirian, masjid dan surau agar Rumah Ngaji ini dapat juga dikembangkan di tempat mereka.

Rumah Ngaji juga mempunyai program khas untuk pemimpin iaitu “Leadership with Al-Quran (LAQ)”. Ia merupakan kelas untuk para pemimpin dan CEO dengan dihos oleh Pengerusi Yayasan WUI, Dato’ Abd Jalil Ali bagi belajar Al-Quran, membincangkan isu semasa dengan penyelesaian ibrah dari Al-Quran. Ia merupakan juga sesi networking dan support group untuk pemimpin.

Objektif Rumah Ngaji

  1. Memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas hingga tajwid
  2. Kelas bermula dari membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran
  3. Rumah Ngaji menjadi “meeting point” antara murid dan guru
  4. Para guru Al-Quran dilatih dengan kaedah dan teknik mengajar Al-Quran melalui latihan “Train the Trainers” dari masa ke semasa

Sasaran

Kanak-kanak dan dewasa, usia 6–70 tahun.

Kami berhasrat agar Rumah Ngaji dapat menaja lebih ramai guru Al-Quran yang dapat mengajar Al-Quran secara tetap selama 5 hari seminggu dengan elaun bulanan sebanyak RM1300 sebulan dengan kerjasama masjid atau surau yang terpilih.

Jadual

Klik imej untuk besarkan.


jadual-rumah-ngaji