Wakaf Ummah

wakaf-ummah

Latarbelakang

Melalui Program Wakaf dan Lupus Al-Quran ini, WUI berharap untuk bekerjasama dengan masyarakat melalui masjid dan surau terpilih serta sekolah, tahfiz atau rumah anak yatim, bagi menggantikan Al-Quran lama untuk dilupuskan mengikut kaedah yang sebenar dan menggantikan dengan Al-Quran baru yang berkualiti tinggi serta lulus KDN.

Banyak Al-Quran lama, sebelum tahun 2004 yang tidak disemak oleh KDN. Justeru itu, melalui projek ini, WUI harap masyarakat akan lebih berminat untuk membaca dan memahami Al-Quran.

Kempen “Wakaf & Lupus Al-Quran”

Melaksanakan kempen “WAKAF & LUPUS” bersama dengan 10 masjid terpilih, dengan mengedarkan 100 Al-Quran bagi setiap masjid dan mengutip semua Al-Quran lama.


wakaf-lupus-alquran